KOTA BHARU: Seorang wanita yang terpisah dengan keluarganya yang berasal dari China sejak lebih 60 tahun lalu akhirnya dipertemukan di rumahnya di Kampung Paya Bemban, di sini, tadi.
Roslina Ahmad, 63, bertemu dengan ibu kandung, Huang Yi Giao,79, serta lima adiknya yang lain iaitu Yang Chui Qun,61, Yang Chai Qing,55,Yang Mie Lian,51,Yang Jun Na,52 dan Yang Xiao Fen,32.
Selepas dilahirkan pada 1950an di Gua Musang, dia diserahkan kepada keluarga angkat Melayu menyebabkan Roslina terus terputus hubungan dengan keluarga kandungnya.
Keluarga kandung Roslina yang berasal dari Hainan, China tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pagi semalam.Roslina sebelum ini berusaha mencari keluarga kandungnya dengan bantuan Presiden MCA Gua Musang, Lew Kew.
Sumber Dari ---- Hmetro
0 comments:
Post a Comment