Thursday, 23 January 2014

Artis: Uqasha Senrose Mula Buat Persiapan Kahwin & Tidak Tolak Tajaan

Hujung tahun lalu, pasangan ini mendedahkan yang mereka memang akan berkahwin pada tahun 2014 namun dirahsiakan tarikhnya untuk membina satu hype supaya majlis perkahwinan mereka mendapat perhatian gilang gemilang. Eh, gurau. Dalam temubual terbaru bersama media, Uqasha Senrose mendedahkan yang mereka berdua sudah mula buat persiapan perkahwinan ketika ini dan kami mengambil ini sebagai tanda majlis mereka akan berlangsung tidak lama lagi. “Saya...

Artis: Isteri Restu Awie & Erra Fazira ‘Bercinta Semula’

Penyanyi & pelakon, Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk ‘bercinta semula’ dengan Erra Fazira. Namun hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri. “Sebelum...

Artis: Yana Samsudin Cuba Buka Hati Untuk Bercinta, Kahwin Tahun Ini

Sebelum ini ada kontroversi mengatakan yang pelakon Yana Samsudin lakukan pembedahan plastik untuk betulkan sedikit bahagian hidungnya. Tetapi semasa bertemu di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG dia menafikan bahawa dia melakukan perkara tersebut. “Tidak pernah saya melakukan perkara tersebut kerana apa yang anda lihat sememangnya sama sahaja tidak ada apa yang saya ubah dengan muka dan juga permukaan hidung saya ini. Apa yang anda lihat...

Wednesday, 22 January 2014

Informasi: Isteri Dicerai Suami Kerana Terlalu Cantik

Tak cantik susah cantik pon susah , nasib malang seorang gadis di ceraikan suami selepas berkahwin tiga bulan lepas kerana terlalu cantik dan menawan kejadian ini berlaku di Melbourne. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jason, 28, bertindak demikian akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya. "Saya tidak tahan dengan situasi kehidupan kami sekarang. Isteri saya mempunyai...

Terbaru :Ibu disyaki subahat bunuh anak

KUALA LUMPUR: Polis yakin dapat menyelesaikan kes penemuan mayat kanak-kanak berusia dua tahun di Paka, Dungun, dalam tempoh terdekat berikutan penahanan tiga suspek selain ibu mangsa, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam. "Polis mencari lelaki ini sejak 18 Januari lalu iaitu sejurus...

Tuesday, 21 January 2014

Artis: Yusof Haslam Harap Syamsul Berhenti Merajuk Selepas Kahwin

Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berharap rajuk hati anak lelakinya, Syamsul Yusof akan hilang selepas pengarah muda itu bernikah dengan gadis pilihan hatinya, pelakon Puteri Sarah Liyana. Menurut Yusof Haslam ekoran isu cetak rompak yang melanda filem KL Gangster 2 arahannya tahun lalu, sehingga kini Syamsul masih belum bersemangat untuk kembali semula ke dunia pengarahan filem seperti sebelum ini. “Sejak selesai pembikinan...

Artis : Penyanyi dipaksa turun pentas kerana bertudung

KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung. Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan. "Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung...

Tragedi : Janda dibakar hidup-hidup

Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam. Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini. Akibat kejadian...

Monday, 20 January 2014

Artis: Lelaki Guna Nama Rozita Che Wan, Tipu Pereka Fesyen RM19,000

Harian Metro edisi Jumaat lalu melaporkan yang Rozita Che Wan telah membuat laporan polis tentang aktiviti seorang lelaki yang menggunakan namanya untuk menipu seorang pereka fesyen dengan nilai kerugian RM19,000. Rozita Che Wan yang mendakwa mengenali individu terbabit berkata lelaki berkenaan telah memperdaya seorang pereka fesyen dengan menempak 70 pasang baju pengantin untuk majlis perkahwinan beliau di Kedah. “Padahal saya tak buat majlis...

Sunday, 19 January 2014

Artis: Nora Danish: Saya & Nedim Tak Seteruk Orang Ramai Sangka

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tidak sah rasanya jika satu minggu berlalu tanpa kisah tentang pasangan yang kini sedang hangat bercinta Nora Danish & Nedim Nazri. Apa sahaja boleh menjadi bahan untuk bacaan anda semua. Terbaru, menerusi sisipan hiburan Berita Harian hujung minggu lalu Nora Danish telah tampil menjelaskan yang beliau dan Nedim Nazri tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai — lebih lebih lagi tentang isu bercuti...

Gossip: Zizan Razak, Emma Maembong Bercu mbu Dalam Kapal Terbang?...

Baru sahaja rasanya kita dengar kisah gembira pasangan ini bercuti sakan bersama rakan rakan ke Amerika Syarikat, ada pula khabar kurang enak sampai ke pengetahuan media tentang perilaku Zizan Razak & Emma Maembong. BACA: Emma Ma’embong Dan Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat Utusan Malaysia menerusi ruangan gossip mereka menulis yang ada sumber menyampaikan tentang Zizan Razak & Emma Maembong yang khabarnya bercumbu dalam...

Artis; Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram

Rentetan dari dakwaan para peminat mengatakan Nur Fazura menyindir Hanez Suraya meniru fesyen beliau, hari ini menerusi Berita Harian Hanez Suraya sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura. “Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan...

Tahniah : Ustaz Don timang cahaya mata pertama

PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa. Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya. Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram. "Assalamualaikum semua... Alhamdulillah. "Bayi...

Tragedi :Tiga maut, 15 cedera bas ekspress terbalik

BATU PAHAT - Tiga penumpang maut, 15 cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Km107.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng dekat sini hari ini. Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari itu dikenal pasti Mohd Sofwan Nur Hakim Mohd Zaidi, 21; sepupunya Mohd Amirul Asyraf Yaakob, 20-an; dan Mohammad Zikri Othman, 10. Pemandu bas, Asraf Zainal Abidin, 33, dan tujuh penumpang cedera parah manakala penumpang...

Artis: Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan

Pelakon yang semakin cantik selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Farid Kamil, Diana Danielle memberitahu bahawa selepas lebih kurang setahun menyepi daripada arena lakonan dia lebih memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya buat putera sulungnya, Muhammad. “Anak saya memang dijaga sepenuhnya oleh saya kerana dia masih menyusu dengan saya dan susah sekiranya saya untuk melakukan kerja-kerja penggambaran yang biasanya mengambil...

Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ..

Sudah lama rasanya kita tidak mendengarkan khabar berita daripada pelakon jelita, Nur Fazurayang rasanya baru sahaja pulang bercuti dari Amerika Syarikat. Bertemu dengannya semasa tayangan perdana filem ‘Kami Histeria’ sempat kami bertanyakan beberapa soalan mengenai dirinya kini. “Alhamdulillah, tahun baru hari itu, saya berpeluang untuk menyambutnya di L.A. bersama-sama kawan saya yang lain. Kami ke sana dengan satu kumpulan dan di sana banyak...

Artis: Rita Rudaini Naik Angin Bila Digosipkan Bersama Nomad

Satu laporan baru baru ini menulis yang pendatang baru dunia nyanyian, Nomad menafikan yang beliau kini sedang rapat dengan Rita Rudaini ekoran sebuah artikel yang mendakwa aktress itu meminati penyanyi Tetap Menantimu itu. Ya, kami pun terlepas kereta api tentang gossip liar ini. Hari ini menerusi Harian Metro Ahad, Rita Rudaini bengang dan meluahkan rasa kecewanya kerana menganggap apa dilaporkan sebelum ini langsung tidak benar dan memalukannya. “Kalau...