Pelakon yang semakin cantik selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Farid Kamil, Diana Danielle memberitahu bahawa selepas lebih kurang setahun menyepi daripada arena lakonan dia lebih memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya buat putera sulungnya, Muhammad.
“Anak saya memang dijaga sepenuhnya oleh saya kerana dia masih menyusu dengan saya dan susah sekiranya saya untuk melakukan kerja-kerja penggambaran yang biasanya mengambil masa sehingga lewat malam. Sekiranya disoal dengan tidakkah anda rindu dengan lakonan, dan jawapan saya mudah, saya lebih rindukan anak daripada lakonan saya,” katanya.
BACA: Diana Danielle Dan Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo
“Saya tidak akan membuat sebarang majlis untuk memperkenalkan anak sulung saya ini dalam jangka masa yang terdekat memandangkan saya masih lagi belum menamatkan pengajian saya dan biarlah saya belajar secara perlahan-lahan dan boleh mendalami lagi setiap maksud dalam Al-Quran. Apa-apa pun mengenai majlis ini anda boleh rujuk suami saya, Farid kerana dia lebih tahu mengenai perancangan itu,” katanya.
Perkembangan seninya kini dia hanya membuat pengacaraan untuk sebuah program yang hanya seminggu sekali sahaja yang membolehkan dia datang untuk menjalani rakaman, kerana setakat ini lakonan diberhentikan buat seketika kerana masih mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga anaknya.
“Untuk menjadi seorang penyanyi saya tidak mempunyai masalah tetapi yang masalah ialah komitmen kita untuk menyiapkan sebuah album. Sangat seronok apabila dapat menyanyi dan menghiburkan orang tetapi itulah. Sekiranya diberi peluang tidak salah untuk mencubanya,” katanya.
Sementara itu, apabila menyentuh mengenai persoalan ibu kandungnya, secara spontan dia menolak untuk tidak menjawab mengenai persoalan tersebut yang seringkali kita tertanya-tanya adakah mereka sudah berbaik semula.
“Maaf lah saya tidak boleh menjawab soalan itu,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)
0 comments:
Post a Comment