Saturday, 30 November 2013

6 Gambar : Aein Kembar Ekin Bersalin Anak Kembar

Akhirnya kembar Ekin iaitu Aein yang mengahwini seorang mualaf, Datuk Arif Ambrose Leonard Leong pada 12 Disember 2009 telah selamat melahirkan bayi kembar. Waahhh... bertuah Aein ni dapat kembar juga sebagaimana dia dilahirkan kembar dengan Ekin. Untuk info, Aein bersalin beberapa minggu lalu dan kedua-dua anaknya sihat walafiat. Tahniah diucapkan! ...

Bahang cinta Johan-Lana

PENGAKUAN cinta aktor Johan As'ari, 27, bersama Lana Nordin, 34, pelakon wanita yang cukup terkenal dengan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' mudah sahaja mencetuskan kontroversi. Seperti menyimbah minyak ke dalam api, keterbukaan Johan yang selama ini dilihat intim bersama penyanyi popular Shila Amzah itu membakar kejutan dan reaksi berganda banyak pihak. Bara sensasi Lana Nordin yang pernah bercinta dengan jejaka warga Republik Czech bernama Parvel...

Pelakon Fast & Furious maut dalam nahas

PELAKON utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California, lapor TMZ. Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu terbabas lalu melanggar pokok. Kereta berkenaan terbakar dan meletup.Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan itu tetapi TMZ melaporkan kedua-duanya terbunuh. Ia masih belum jelas siapa yang memandu ketika...

Terpaksa berlakon...

Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu. Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif. Lakonan...

Buaya Tunggu Mayat Bayi

Mersing: “Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya. “Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam.  Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi...

Friday, 29 November 2013

Gambar Johan Asari & Lana Nordin Di ASK 2013

Pasangan paling dinanti dan ditunggu-tunggu tentulah Johan Asari dan Lana Nordin yang baru saja mengumumkan percintaan mereka secara terang-terangan. Ramai juga tertanya-tanya apakah baju Lana terus diulam pakaian seksi ataupun beliau sudah berubah. Penantian tersebut berakhir apabila pasangan ini muncul di karpet merah dengan pakaian yang stylista bak kata Ayie (proganza). ternyata Lana Nordi kini kurang sedikit seksi, kerana jika tidak sudah...

Pangku sampai ajal..

Mukah: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami melihat mayat seorang kanak-kanak masih dalam pangkuan ibunya,” kata pekerja ladang, Sallim Mukrime, 43, ketika menceritakan kemalangan ngeri yang mengorbankan enam orang termasuk lima beranak di Kilometer 14, Jalan Mukah-Selangau, berhampiran Ladang Mukah 1 di sini, semalam. Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 3 petang itu menyebabkan Perodua Kancil dinaiki enam sekeluarga bertembung Toyota Hilux...

Janda 13 tahun dinasihat lapor polis

SHAH ALAM –  Janda berusia 13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan. Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan laporan media termasuk dakwaan remaja itu dirogol empat bulan sebelum perkahwinannya tahun lalu, ada kemungkinan berlaku penganiayaan dan dia berhak mendapat pembelaan. “Kami melihat kes...

Kerana Sekotak Rokok, Azad Terima 13 Jahitan

Gara-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin menerima 13 jahitan di buku lali kaki kanannya. Jahitan tersebut dek kerana kecederaan yang dialami akibat terjatuh ke dalam longkang, seminggu lalu. Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai serba guna di Puchong. “Saya pergi beli rokok. Entah macam mana, masa tengah berjalan nak ke kereta, saya terjatuh ke dalam longkang. Nasib baik ada sekumpulan orag India, mereka yang bantu saya. Kebetulan ada...

Nak cakap apa cakaplah!

Wanita ini memang seksi. Raut bibir dan gemersik suaranya, dua perkara seksis yang jelas lagi nyata ada pada sifat luarannya sekalipun tanpa mendedahkan tubuh. Biar pun ada mata kurang senang melihat penampilan Nabila Huda Suhaimi, 29, dia yang penulis kenali sejak 13 tahun lalu, adalah seorang insan yang jauh daripada hipokrasi. Berlaku jujur pada diri sendiri adalah kualiti diri paling bernilai yang harus ada pada setiap seseorang. Andai tidak...

Gambar : Lana Nordin Bawa Johan As'ari Jumpa Keluarga?

Semalam, industri hiburan tempatan telah digemparkan dengan berita mengenai kesediaan Johan As’ari untuk memperisterikan pelakon kontroversi, Lana Nordin hanya selepas tiga hari berjumpa.Namun, belum sempat kontroversi itu reda, Lana dilihat telah memuatnaik sekeping fotonya bersama keluarga yang ditemani oleh Johan As’ari ke laman sosial Instagram.Meskipun menerima pelbagai cemuhan daripada segelintir pengguna laman sosial, nampaknya pasangan...

Pelajar IKBN cuba bunuh diri

MIRI: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Difahamkan,...

Thursday, 28 November 2013

Latihan menyelamat kemalangan disalah anggap

TAMPIN – Latihan menyelamat yang dilakukan Hospital Tampin (HT) dengan kerjasama agensi penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi di Kilometer 2.6 Jalan Tampin-Gemas, semalam, disalah anggap pengguna jalan raya. Malah, ramai yang sanggup memberhentikan kenderaan mereka semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Mereka turut cemas apabila melihat 17 mangsa kemalangan, dua daripadanya maut, enam cedera parah manakala sembilan cedera...

Pengantin muda: Saya kahwinkan dia kerana dia telah

KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20. Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media. Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira...

Tahlil atuk kini untuk mak

Pekan: “Ibu mahu mengadakan kenduri arwah atuk hari ini (semalam). Tidak sangka hajatnya bertukar menjadi majlis kenduri arwah untuk dia dan dua adik,” kata Mohd Zulhilmi Razali, anak Rosmah Othman yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Pekan-Rompin, di sini, petang kelmarin. Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang itu mengorbankan dua adik Mohd Zulhimi iaitu Mohd Haikal Syukri, 19, Norzafirah, 12, manakala seorang lagi, Nurul Najila,...

Bukan niat mak

Kuala Lumpur: “Kenapa emak buang Mat Nor? Emak tak ada niat macam tu nak... emak mintak maaf. Macam-macam orang buat pada Mat Nor. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas.” Itu antara dialog awal diungkapkan dengan diiringi esak tangis dan juraian air mata oleh pemuda cacat yang dipaksa mengemis, Mohd Nor Abdullah dan ibu kandungnya, Mek Yah Yusuf, ketika dipertemukan semalam, selepas terpisah sejak 17 tahun lalu. Pertemuan menyentuh perasaan itu yang...

Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin

SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya. Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama. Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa. Johan turut...

Wednesday, 27 November 2013

Almy Nadia Kesal Status WeChat Menjadi Bahan Kontroversi..

Isu hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia entah bila akan bertemu kesudahan. Baru baru ini, laporan akhbar ada menyiarkan status peribadi Almy Nadia yang khabarnya tidak berpuas hati dengan Fizz Fairuz kerana belum mengotakan janjinya untuk berkahwin. Melalui Sinar Harian hari ini, Almy Nadia berkata yang status peribadi itu di’tulisnya di WeChat dan dipaparkan di akhbar tersebut tanpa pengetahuannya dan merasa kesal dengan perbuatan menyebarkan status...

Terserempak buaya dalam laut.

GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan. Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang. Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut. "Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang...

Pelantikan Wardina dipertikaikan?

“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya,” begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu. Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional,...

Bayi ditanam hidup-hidup

Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin. Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam...

Julia Perez Bantu Polis Tangkap Perompak Menerusi Twitter.

PELAKON kontroversi Indonesia Julia Perez telah membantu pihak polis untuk menangkap beberapa penjenayah yang dipercayai melakukan rompakan di sebuah premis di Jakarta pada Rabu lalu. Portal Kapan Lagi melaporkan Julia atau lebih mesra dengan sapaan Jupe, ketika kejadian dia sedang memandu sendirian dan kebetulan terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan lalu melaporkan kejadian menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia. Jupe...

Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta -- Bakal Berkahwin

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa. Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk...

Penceraian pasangan kawin muda nikah Usia 13 tahun

Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan. Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini,...

Tuesday, 26 November 2013

Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet

Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas...

Apabila feri Pulau Kapas 'terbakar’

BUTTERWORTH - Siri latihan kecemasan kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) yang berlangsung semalam menguji kecekapan semua pihak yang sentiasa siap sedia menghadapi bencana. Ketua Unit Perkhidmatan Feri, Fisnol Ainon Mahmud berkata, latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 90 kakitangan merangkumi beberapa unit, antaranya unit keselamatan, unit perkhidmatan feri, unit Bomba dan Penyelamat PPSB. “Latihan ini menjadi salah satu pendedahan asas...

Ustazah Zawiyah tegur kos kahwin Zain, Che Ta

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini. “Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan. Nasihat...

Rumah tangga budak 13 tahun musnah

Kulim: Rumah tangga yang dibina budak perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November tahun lalu dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November lalu. -Berita Hari...

3 Gambar : Wajah Anak Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

"Menanti cahaya mata ini sedar. Menatap kami berdua. Rindu dengar tangisannya," ujar Wawa Zainal melalui Instagramnya. Alahai... memang comel anak Wawa dan Aeril Zafrel ni. Meskipun masih kecil, tetapi dia menjadi mangsa keadaan akibat kontroversi 'kahwin rahsia'. Namun bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih! ...

Sharnaaz tinggalkan dunia hiburan demi keluarga

BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial. Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila Amzah yang putus di tengah jalan. Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang. Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim...

Fuhhhh Seram : Langsuir ganggu penduduk

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.Tinjauan...