Wednesday, 27 November 2013

Almy Nadia Kesal Status WeChat Menjadi Bahan Kontroversi..

Isu hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia entah bila akan bertemu kesudahan. Baru baru ini, laporan akhbar ada menyiarkan status peribadi Almy Nadia yang khabarnya tidak berpuas hati dengan Fizz Fairuz kerana belum mengotakan janjinya untuk berkahwin.

Melalui Sinar Harian hari ini, Almy Nadia berkata yang status peribadi itu di’tulisnya di WeChat dan dipaparkan di akhbar tersebut tanpa pengetahuannya dan merasa kesal dengan perbuatan menyebarkan status itu ke pengetahuan umum.


“Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya. Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya terima untuk berkawan”

Almy Nadia juga menafikan yang tulisannya itu ada kaitan dengan Fizz Fairuz. Hmm.

“Apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya,” ujar Almy Nadia.

Dan, dalam temubual yang sama Almy Nadia juga enggan memberikan ulasan atau komen lanjut berkaitan perkembangan kisah cintanya dengan Fizz Fairuz ketika ini. (rtky/m)


0 comments:

Post a Comment