Saturday, 7 December 2013

Nabila Huda tayang kekasih baharu?

BARANG yang lepas, jangan dikenang... Itulah ungkapan yang tepat menggambarkan personaliti aktres ceria bernama, Nabila Huda. Walaupun hubungan cintanya bersama pelakon, Nas-T, kecundang di tengah jalan, namun ia bukanlah penghalang untuk Nabila, sepi tanpa cinta. Beberapa bulan lalu, pelakon filem biopik, Saloma ini dikatakan telah dimiliki jejaka dari Singapura. Malah, sejak akhir-akhir ini beberapa status Nabila yang lebih mesra disapa Abil...

Foto mayat Paul Walker yang telah hangus

Sebuah foto milik laman Showbizspy, Jumaat (6/12/2013) memperlihatkan gambar mayat Paul Walker dalam keadaan hangus terbakar. Dalam laman tersebut memperlihatkan gambar yang diperjelas dengan garis berwarna merah yang menyerupai mayat manusia dan dianggarkan disitulah mayat dari Paul Walker dijumpai. Mayat Paul Walker diduga sudah tidak utuh lagi akibat api yang meletup dari kereta yang dia naiki. ...

Bekas peserta Soulstar maut nahas

KUCHING - Seorang bekas peserta program nyanyian realiti, Soulstar 2012 menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Keruing, Bintawa di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, Zulhamizam Samat, 20, dari Sebuyau, kira-kira 180 kilometer dari bandar raya ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketika nahas, mangsa yang baru seminggu bekerja di sebuah...

Friday, 6 December 2013

Kenapa Leina Hangat Tidak Buang Gambar Seksi Di Facebook?..

PETALING JAYA: Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai. Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu. "Menerusi gambar-gambar...

Gambar dan biodata Puteri Erma Edlinda, bakal isteri Aril AF

 Penyanyi dan pengacara Aril Pilus atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 28, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Puteri Erma Edlinda. Pasangan ini memilih 20 Disember 2013 sebagai tarikh istimewa untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah di kediaman Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Pada September lalu, Aril telah merisik Erma secara senyap-senyap. Susulan itu, gosip liar tentang perkahwinan Aril hangat diperkatakan...

Kemalangan Maut Di Senawang Melibatkan Enam Kenderaan

Oh! Media ada melaporkan tentang satu kemalangan lebih kurang jam 4:45 petang di Lebuhraya PLUS Arah Selatan yang membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas. Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki. Myvi hancur menyebabkan mayat...

Zed Zaidi kemalangan teruk, Azza Elite kutuk Mamat Sepah

Berita kemalangan bekas presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang disebarkan oleh pelawak Mamat Sepah di laman Twitter mengundang kekecohan di kalangan beberapa selebriti lain.Mamat Sepah telah berkongsi sekeping gambar Zed Zaidi bersama seorang rakannya yang dilihat cedera berlumuran darah dan cermin depan kereta pecah sekitar jam 1.50 pagi. Gambar tersebut kemudiannya di re-tweet oleh pelakon Azza Elite dan diikuti dengan Isma AF7. Menyedari...

Wajarkah Anugerah Sebegini Dipertaruhkan?..

Kelainan yang cuba diketengahkan oleh pihak penganjur Anugerah Bintang Popular kali ini menerusi pertambahan kategorinya seakan-akan mendapat kritikan daripada banyak pihak. Ini kerana menerusi pencalonan Anugerah Aksi Di Youtube Paling Popular, ianya memaparkan video-video yang menjadi perbualan hangat sepanjang tahun ini. Antara yang tercalon ialah video isteri pemain bola sepak, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki hamun seorang...

Thursday, 5 December 2013

Tragedi tiga saudara

Kota Bharu: Tiga bersaudara termasuk ibu dan bayinya berusia dua minggu yang dalam perjalanan pulang selepas majlis bercukur, maut selepas kereta kancil yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina menyebabkan kedua-dua kenderaan itu 'melekat' di kedai burung dan kedai makan dalam kejadian di Jalan Chica, di sini. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Zabidah Dollah 58, dan cucu saudaranya maut di tempat kejadian...

Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi. Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta...

Suspek curi wang masjid maut dipukul

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang tabung Masjid Al Azim, Pandan Indah, maut dibelasah sekumpulan lelaki ketika cuba melarikan diri, Selasa lalu. Mangsa yang juga seorang pembantu sebuah kafe siber berusia 20 tahun itu meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan. -Berita Hari...

Gambar pelakon Eyka Farhana

Gambar pelakon Eyka Farhana dalam tandas - Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi. Ada peminat tegar mula mempersoalkan apa perlunya semua gambar itu dikongsikan kepada umum. Untuk pengetahuan, Eyka Farhana adalah antara selebriti tempatan yang gemar berkongsi apa sahaja kepada peminat. Sebab itu, namanya semakin dikenali ramai dan pengarah-pengarah mula terpikat...

Gambar Nita Hamzah, Bekas Kekasih Zahid AF

Itu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut kami apabila melihat gambar Nita, bekas kekasih Zahid AF di parti 20 Eh! Yang Anggun 2010. Memang vas gila-gila gitu. Memang lain dari yang lain. Memang meletup. Memang melekat. Memang segala-galanya memang. Tak tahu nak cakap memang apa dah. Korang letak la sendiri. Mungkinkah tekanan perasaan akibat clash dengan Zahid menyebabkan badan Nita nampak agak lebih besar daripada sebelum ini. Kulit pun nampak...

Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As’ari

Melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri tentang isu yang melanda dirinya dan Johan As’ari dengan menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu. “Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta...

Wednesday, 4 December 2013

Berjalan dengan pisau tercacak di leher

Bintulu: Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade di sini, semalam. Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang...

Aidil Zafuan: Rita Tuntut Nafkah RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah...

Menggunakan alasan hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain bola sepak, Aidil Zafuan mendakwa yang tuntutan nafkah dua orang anak bersama yang di’tuntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah & berlebihan. Aidil Zafuan yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya — Airit Rayyan Rizqin & Airit Qaqa Arjuna. Beliau...

Saya Mohon Maaf Andai Qi Razali Terasa – Sharnaaz Ahmad

Berikutan isu cemburu Qi Razali terhadap Sharnaaz Ahmad kerana memuatnaik sekeping gambarnya bersama bersama Nelydia Senrose beserta caption yang mengundang spekulasi, Sharnaaz memohon maaf kepada Qi kerana telah menimbulkan suatu yang tidak senang kerana perkara tersebut. “Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja. “Seperti yang saya katakan...

Gambar cantik Sharifah Sakinah pakai skirt pendek

Pada tayangan perdana filem Ular di Cathay Cineplex, Damansara baru-baru ini, pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah dilihat ditemani oleh seseorang jejaka mat salleh yang kelihatan segak sekali. Siapakah gerangan lelaki bertuah itu? Menerusi media hiburan hari ini, Sharifah Sakinah tampil menafikan lelaki itu adalah kekasihnya dan memberitahu bahawa jejaka yang dimaksudkan ialah jurulatih peribadinya di gimnasium. “Lelaki itu merupakan jurulatih...

Terkejut anak perempuan tergantung dalam bilik

SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di rumahnya dekat Taman Rasah Jaya Fasa 2, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Deshalini ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain sari oleh ibunya yang ketika itu baru pulang dari pasar. Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat anak bongsunya mati dalam keadaan...

Berang cinta ditolak Shila Amzah, Johan As'ari kahwin Lana Nordin

Selepas terus berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung status hubungannya dengan Johan As'ari sebelum ini, Shila Amzah akhirnya tampil berterus-terang memberitahu yang dia sebenarnya tidak pernah mencintai Johan. Penyanyi itu membuat pengakuan semalam menerusi akhbar Harian Metro bagi meredakan spekulasi orang ramai berkenaan kehilangan beberapa keping gambar Johan As’ari di akaun Instagram miliknya. Ini kerana, rata-rata peminat...

Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini

Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan. Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya. Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu...

Kadang-kadang Kita Terlupa.. Betapa Pentingnya Kita Buat Mereka (IBU)

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke? Samad: Ya mak, ni samad. Kenapa call samad? Samad tengah kerja ni. Ibu tua: Mak saja telefon. Samad: Oh.. Ingatkan ada apa tadi. Samad ada kerja sikit ni mak. Nanti samad call balik. Keesokan Hari Ibu tua: Hello.. Ni samad ke? Samad: Ye mak, ni samad. Ada apa mak call malam-malam ni? Ibu tua: Mak saja telefon. Ko kat mana? Samad: Samad sekarang kat luar ni. Jumpa client dengan kawan-kawan. Nanti samad dah balik...

Tuesday, 3 December 2013

Gambar: Kemunculan Pertama Diana Danielle Di Khalayak Ramai Sejak Berkahwin.

Diana Danielle tampil menakjubkan dengan gaun putih - Sejak berkahwin dengan Farid Kamil pada November 2012 yang lalu, Diana Danielle terus menyepi dari dunia hiburan dek kerana kesibukannya dengan pengajian di Australia dan pada masa yang sama disahkan hamil anak sulung. Bagaimanapun, kerinduan peminat terhadap wanita jelita ini sedikit sebanyak terubat selepas beliau telah membuat kemunculan buat kali pertama di majlis tayangan perdana filem Dampak...

Janda ‘berjaga’ tiga tahun..

Kota Bharu: Tiga tahun lamanya seorang wanita menderita sukar tidur malam kerana diganggu mimpi ngeri, malah sepanjang tempoh itu dia hanya boleh melelapkan mata apabila berbaring dalam posisi mengiring. Semua itu dilaluinya angkara perbuatan sihir anggota keluarga sendiri yang tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka. “Jika saya tidur telentang atau meniarap, badan terasa sakit seperti ditimpa besi atau menjadi panas seperti kena rebus,”...

Gambar: Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai, Eropah

Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka. Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan...