Saturday 7 December 2013

Bekas peserta Soulstar maut nahas

KUCHING - Seorang bekas peserta program nyanyian realiti, Soulstar 2012 menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Keruing, Bintawa di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, Zulhamizam Samat, 20, dari Sebuyau, kira-kira 180 kilometer dari bandar raya ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Ketika nahas, mangsa yang baru seminggu bekerja di sebuah kilang kayu di Sejingkat dekat sini menunggang motosikal seorang diri dari arah pusat bandar raya menuju ke kawasan perindustrian berkenaan untuk bertemu rakannya.

Jurucakap polis berkata, setibanya di lokasi kejadian, motosikal Kriss yang ditunggangnya laju itu hilang kawalan kerana jalan basah ekoran hujan lebat lalu melanggar pembahagi jalan.

-Kosmo

0 comments:

Post a Comment