Thursday, 7 November 2013

Nelayan Tangkap Ikan Aneh Di Miri, Sarawak

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya. Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu. Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam. Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman...

Gambar Lelaki Maut Dihempap 100 Keping Cermin

Muar: Seorang pekerja warga Myanmar terbunuh selepas dihempap kira-kira 100 keping cermin seberat hampir dua tan ketika memunggah cermin berkenaan di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Thang Ngaih Lian, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan berehat di atas lori tiga tan selepas...

Lagi tragedi SPM : Hanya sempat dua kertas

Jertih: “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah. Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal...

Terbaru : Seorang lagi calon SPM meninggal hari ini

JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini. Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan...

Wednesday, 6 November 2013

Sana-sini Gempak : Pak Guard Azman jadi pelakon

PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas. Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee. Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat...

Tragedi SPM : Minta air sebelum rebah

Pasir Puteh: “Nur Syazwani memaklumkan dia terlalu dahaga dan meminta air daripada saya sebelum kami bersama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan,” kata Nik Nadhirah Mohd Zain, 17. Dia rakan karib Nur Syazwani Arifin, 17, yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini, semalam. Menurut...

Tuesday, 5 November 2013

Aeril Zafrel Anggap Fitnah Kahwini Ummi Nazeera Serangan Peribadi

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya di mata masyarakat. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur di laman sosial secara terbuka. "Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan...

Bayi Koma, Dua Lagi Parah Tercampak Dari Kereta

KUALA TERENGGANU – Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam. Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma. Bayi...

Artis Terkini : Fauziah Latiff Batal Nikah ?

SENANG menghabiskan masa dengan motor berkuasa tinggi, nampaknya Fauziah Latiff mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kehidupannya sentiasa terisi. Bagaimanapun baru-baru ini Aida mendengar khabar yang Jee sudah bertemu pilihan hati setelah sekian lama sendiri. Malah mereka juga sudah merancang untuk bernikah baru-baru ini. Sungguhpun ramai yang tidak mengetahui berita cinta ini, namun kesahihannya dikhabarkan oleh rakan-rakan baik kepada insan...

Sana-Sini Gempak : Air Mata 60 Tahun

KOTA BHARU: Seorang wanita yang terpisah dengan keluarganya yang berasal dari China sejak lebih 60 tahun lalu akhirnya dipertemukan di rumahnya di Kampung Paya Bemban, di sini, tadi. Roslina Ahmad, 63, bertemu dengan ibu kandung, Huang Yi Giao,79, serta lima adiknya yang lain iaitu Yang Chui Qun,61, Yang Chai Qing,55,Yang Mie Lian,51,Yang Jun Na,52 dan Yang Xiao Fen,32. Selepas dilahirkan pada 1950an di Gua Musang, dia diserahkan kepada keluarga...

Bapa Haliza Misbun meninggal dunia, selamat dikebumi

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Bapa kepada pelakon dan penerbit Haliza Misbun, iaitu Misbun Kaimi meninggal dunia ketika dalam tidur sewaktu berada di kediamannya di Pantai Hillpark, Bangsar awal pagi semalam. Ketika dihubungi, Haliza berkata, ibunya mengetahui akan pemergian ayahnya itu sewaktu cuba mengejutkan suaminya untuk bangun menunaikan solat Subuh. "Orang pertama yang tahu adalah ibu saya, sewaktu dia cuba mengejutkan ayah saya untuk menunaikan...

Monday, 4 November 2013

Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri

Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri. “Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah.” “Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh,...

Hiburan : Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera Pernah Bernikah Sebelum Ini ?

Hujung minggu lalu menerusi ruangan beliau dalam sisipan hiburan Berita Harian, Zubir menulis satu gossip mengatakan yang Aeril Zafrel & Ummi Nazeera pernah bernikah sebelum kontroversi pernikahan dengan Wawa Zainal terjadi & hangat ketika ini. Tulisan itu mendakwa Aeril Zafrel telah menikahi Ummi Nazeera secara syarak tanpa sebarang dokumen mahu pun pejabat agama & ketika itu ada khabar mengatakan mereka sedang bercinta namun di’nafikan...

Video Parodi 'Gwiyomi' Nora Danish Yang Terbaik -Hari

PETALING JAYA: Selebriti Korea yang terkenal dengan gaya Gwiyomi, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya. Hari, 23, berkata, dia berharap dapat melakukan gaya gwiyomi bersama Nora jika diberi kesempatan dan peluang bertemu pelakon tersebut. "Saya suka parodi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish dan dia sangat comel. "Kalau diberi peluang berjumpa dia, saya mahu melakukan...

Hafiz Perjelas Gambar Mesra Bersama Adira

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu. "Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak...

Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan

Wow. Ambil gambar pra perkahwinan sehingga ke London. Sememangnya Rozita Che Wan adalah seorang diva. Kalau sudah mampu, apa salahnya berhabis sedikit kan? Jurugambar yang merakamkan detik-detik indah Che Ta di London tidak lain tidak bukan ialah Annas Easkey. Cuaca pun tengah cantik sekarang. Abang Nara tengok daun yang bertaburan di tanah tue pun dah terasa betapa bestnya kalau berada di London sekarang. Untunglah Che Ta. Namun begitu ada satu...

Terbaru :Pengawal Keselamatan Dakwa Ditampar

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang individu menggelarkan dirinya 'Datuk Seri', didakwa menampar seorang pengawal keselamatan yang memintanya untuk mengalihkan kereta yang diletakkan di tempat yang tidak mengikut peraturan di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Klang. Bekas anggota polis Nepal, Prakash Adhikari, 35, berkata, 'Datuk Seri' dan sekumpulan lelaki itu menaiki kereta Mercedes Benz hitam yang diletakkan di tempat...

Gambar Rosyam Nor dan keluarga Tersayang

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan admin teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober lalu. Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem....

Sunday, 3 November 2013

Terbaru Bola: Pahang Juara Piala Malaysia 2013

PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit - 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang. Beraksi dalam keadaan padang basah kedua-dua pasukan dilihat...