Saturday, 16 November 2013

Terbaru : Remaja bawah umur jadi hamba kekasih

BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu. Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan...

Sana-sini Gempak : Isteri kesayanganku.

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut...

Terbaru: Berhijab Bukan Sebab Ummi Nazeera Tidak Ikut Promosi 'Penanggal'

PETALING JAYA: Ketiadaan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Penanggal di beberapa lokasi tidak ada kaitan dengan perubahan imejnya yang dikatakan sudah berhijab. Pengarahnya, Elly Suriaty berkata, walaupun imej Ummi dalam filem tersebut tidak bertudung serta berkemban, namun dia percaya Ummi seorang profesional dan ketiadaannya itu adalah disebabkan wanita itu kini sibuk dengan pengajiannya di Australia. "Saya difahamkan Ummi tidak terlibat...

Terbaru :Dicampak kekasih dari tingkat sembilan

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala. Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya...

Terbaru :Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan. Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan. "Saya bukannya...

Mengapa Fouziah Gambus Pakai Topi Bentuk... ?

Beberapa hari lepas artis manis penyanyi lagu berirama gambus Fouziah Gambus mencetus kontroversi di kalangan peminatnya selepas beliau memuatnaik gambar dengan patung permainan ‘babi’ di atas kepalanya. Patung yang beliau letak di atas kepala itu merupakan patung satu watak dalam permainan terkenal Angry Bird dikenali sebagai Bad Piggies kerana dalam aplikasi permainan itu, ia mengeluarkan bunyi berupa babi yang berwarna hijau. Tindakan Fouziah...

Friday, 15 November 2013

‘Kebas satu badan’

Alor Gajah: “Satu badan rasa kebas. Tolong beritahu isteri, saya jatuh motosikal,” rintih seorang kakitangan sebuah resort selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Ganun-Padang Sebang, Gadek, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.20 malam, Nizam Yusof, 34, yang parah di muka, kepala, patah tangan kanan dan kaki kanan terpaksa menahan kesakitan akibat dihempap motosikalnya yang terbabas lalu tercampak ke dalam longkang...

4 ajal kereta berpusing

Gua Musang: “Saya hanya mampu beristighfar apabila melihat empat orang dalam kereta itu sudah tidak bernyawa dengan keadaan mayat yang menyayat hati,” kata Majid Ahmad, 43, saksi kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 53.9, Jalan Gua Musang, Kuala Krai, di sini, semalam. Mangsa kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu ialah pemandu Toyota Harrier, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Nurul ‘Aini Abdullah,53, dan...

Terbaru: Mini Cooper hadiah 5A

Kota Bharu: “Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk. “Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,”...

Gambar Diana Danielle Yang Menimbulkan Kontroversi...

Apalah nasib Diana Danielle, sudahlah tidak muat naik gambar anak dan dia dicaci. Baru-baru ini, Diana telah memuat naik gambar yang dia kategorikan sebagai berat sudah mula bertambah. Namun pada gambar tersebut nampak agak pelik apabila seperti bonjolan di bawah kanan gambar seakan buah dadanya. Sekali lagi, Diana dilontar pelbagai tohmahan oleh pengikutnya di Insta kerana memuat naik gambar di atas.Apa pendapat anda pula? ...

Terbaru :Warga emas maut diragut

SEREMBAN: Perjalanan pulang dua beranak ke rumah berakhir dengan tragedi memilukan apabila ibunya maut selepas motosikal dibonceng ditendang peragut di Jalan Tuan Haji Said, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Jamariah Akhir, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusof, 23, cedera ringan di kaki serta tangan. Ketua Polis Daerah Seremban...

Terbaru: Nora Danish Berasa Malu Lakon Watak Manja

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya. "Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya....

Thursday, 14 November 2013

Terbaru :Tak hadir penuh ke sekolah tapi dapat 5A

KOTA BHARU - Walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah pada setiap Rabu, namun ia tidak menghalang anak seorang tukang rumah daripada memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.     Amir Zuhaidi Razali tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya enam tahun...

Terbaru: Maut ditembak depan rumah

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi. Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan...

Terkini: Aksi Dua Pelakon 'Laga' Bersebab

KUALA LUMPUR: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut. Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan. "Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang...

Terbaru: Nota kecil di sisi mayat

GOPENG – “Saya bunuh diri secara seksa,” itulah nota yang ditulis dalam bahasa Mandarin yang dijumpai di samping mayat seorang lelaki yang ditemui dengan kesan bakar di seluruh badannya di sebuah pondok di taman permainan Taman Sayang di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu ditemui orang awam berdasarkan bau petrol di kawasan terbabit. Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan...

Wednesday, 13 November 2013

Ha.ha..Gambar ‘Nakal’ Zizie Pada Suaminya Yg Mng Ketua UMNO Bahagian

Seperti jangkaan ramai, Datuk Bung Moktar berjaya memenangi kerusi Ketua Bahagian Kinabatangan dalam pemilihan Umno tahun ini setelah menewaskan pencabarnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman. Berita ini bukan sahaja disambut gembira para penyokongnya tetapi juga isteri beliau, pelakon Zizie Ezette. Semalam, Zizie yang aktif merakamkan perjalanan hidupnya sejak bergelar isteri memuatnaik gambarnya bersama Bung di...

Terbaru: Iesya Toh Beri Masa 2 Hari Sebelum Saman Peminat

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM Iesya Toh memberi tempoh dua hari bermula Khamis kepada individu yang telah menyebarkan fitnah terhadapnya agar tampil memohon maaf secara terbuka. Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 29, berkata, tindakan saman akan diambil jika individu yang juga pengikut Twitter miliknya gagal berbuat demikian. "Dia fitnah saya di laman sosial Twitter dengan mendakwa...

Terbaru : Kaki hilang 26 jam

Batu Pahat: “Saya panik apabila kaki kanan (bawah lutut) putus dan hanya mampu menjerit meminta orang ramai tolong cari kaki sambil bertawakal ditemui semula,” kata Muhammad Taufiq Ruzman, 23, penunggang motosikal terputus kaki kanan dalam kemalangan di Simpang Sungai Suloh, Jalan Tanjung Labuh di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Taufiq menunggang Yamaha 125Z dalam perjalanan ke bandar ini, namun sebaik tiba di lokasi,...

Terbaru: Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami?

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana...

Tuesday, 12 November 2013

Terbaru : Detik getir tiga beranak

Nibong Tebal: Sepasang suami isteri terpaksa menahan kesakitan setengah jam apabila kereta Proton Wira dinaiki dihempap lori kontena di persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam kelmarin, Ruslan Yunus, 36, yang juga anggota polis dari Balai Polis Nibong Tebal bersama isterinya, Azmila Awang, 34, dan anak lelaki mereka berusia enam tahun nyaris maut apabila kereta dinaiki...

Bukannya saya tak pakai ?- Raja Ema

Kuala Lumpur: “Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra (coli). Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun,” kata penyanyi dan pelakon Raja Ema menjawab cemuhan peminat di beberapa forum laman sosial kerana penampilannya ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama fesyen, di sini, baru-baru ini. Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika...

Terbaru :‘Lelaki Malaysia pemurah’

Ipoh: “Kami dijanjikan pendapatan lebih lumayan di Malaysia kerana ejen beritahu lelaki di negara ini lebih pemurah dan penyayang,” kata salah seorang pelacur warga Vietnam dikenali sebagai Binh, 24, yang berkhidmat sebagai pekerja seks di sebuah pusat spa di bandaraya ini. Dia yang berasal dari daerah Phu My Hung turut berharap ada pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan sudi mengahwininya seperti mana berlaku pada rakannya yang dihantar bekerja...

Monday, 11 November 2013

Terbaru :'Kami sudah tidak tahan lagi'

SEREMBAN – "Kami sudah tidak tahan lagi," kata salah seorang pelajar di sebuah asrama sekolah di daerah ini yang mendakwa mereka sering menjadi mangsa buli warden mereka. Menurut mereka, warden berkenaan yang sepatutnya ditugaskan menjaga pelajar, sering bersikap biadab sehingga mengundang rasa kurang senang sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun di asrama berkenaan. Salah seorang pelajar, Mila (bukan nama sebenar) berkata, dia mewakili...

Sunday, 10 November 2013

Terbaru : Isteri sempat suruh mangsa gantung langsir

KUANTAN - "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.Menurut Rosmahawani,...

Terbaru :Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor."Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan...

Terbaru :Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok

PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas,...