Alor Gajah: “Satu badan rasa kebas. Tolong beritahu isteri, saya jatuh motosikal,” rintih seorang kakitangan sebuah resort selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Ganun-Padang Sebang, Gadek, di sini, malam kelmarin.
Nizam dalam nada lemah mendakwa, dia cuba mengelak satu lubang di jalan sebelum motosikal ditunggang terbabas dan tercampak ke longkang.
“Selepas tercampak, saya tidak mampu mengangkat kepala, tangan dan kaki. Semuanya rasa sakit, apatah lagi motosikal ditunggang menghempap badan saya,” katanya. Sementara itu, sumber berkata, mangsa yang bekerja di sebuah resort di sekitar Ayer Keroh dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Maning, Tampin, Negeri Sembilan.
“Setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan ketika mengelak lubang lalu tercampak dan terhumban dalam longkang di sebelah kiri jalan.
0 comments:
Post a Comment