Saturday, 18 January 2014

Artis: Scha Al-Yahya kongsi gambar imbasan bayi

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Pasangan pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mengesahkan desas-desus yang mengatakan mereka bakal menimang cahaya mata di laman instagram masing-masing. Sekeping gambar imbasan bayi mereka dalam usia sekitar hampir empat bulan juga dikongsi bersama peminat di laman berkenaan. Scha dalam perkara berkenaan mengucapkan syukur dengan rezeki yang dikurniakan. "Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan...

Nasi lemak pembalut luka..

SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini. Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja. “Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang...

Marsha Terbuka Kongsi Kisah Peribadi Dengan Peminat..

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Marsha Milan Londoh terbuka untuk berkongsi tentang perihal peribadinya dengan para peminat dalam sebuah program realiti yang menampilkanya dan Sharifah Sakinah tidak lama lagi. Marsha, 28, bagaimanapun berkata, setiap perkara yang dipaparkan tentang diri mereka nanti masih mempunyai batasan supaya tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak. "Saya tiada masalah berkongsi hal peribadi dengan peminat dalam...

Friday, 17 January 2014

PDRM Nafi Beri Latihan Unit Tindakan Khas Kepada Farid Kamil..

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam. "PDRM...

Budak Perempuan Curi Berlian RM5.2 juta di Bukit Bintang

PETALING JAYA: Polis sedang giat memburu sebuah sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang. Kedai emas yang berpangkalan di London itu mempamerkan emas...

Thursday, 16 January 2014

Aidil Zafuan Syukur, Keluarga Restu Bakal Isteri..

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan meluahkan rasa syukur apabila kekasihnya, Zarema Zainal yang bakal dikahwininya pada Mac depan mendapat restu keluarga. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata, dia percaya restu keluarga merupakan perkara yang sangat penting kerana ia menjamin masa depan perhubungannya bersama bakal isteri. "Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu...

Akikah Anak Tangguh Sehingga Diana Danielle Tamat Mengaji..

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil terpaksa menunda majlis akikah anak sulungnya, Muhammad yang sepatutnya pada tahun lalu bagi membolehkan isterinya Diana Daniella tamat belajar mengaji. Farid, 33, berkata, buat masa ini, dia belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis akikah dan juga khatam Al-Quran isterinya itu. "Majlis itu tetap diteruskan cuma bergantung pada bila Diana habis belajar mengaji memandangkan majlis akikah akan diadakan...

Artis :Aidil Zafuan akui tak bayar duit sewa rumah

PETALING JAYA - Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, mengaku di mahkamah rendah syariah di sini hari ini bahawa dia tidak menjelaskan bayaran rumah sewa RM3,000 sejak keluar dari rumah kelaminnya bersama pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, pada Januari, dua tahun lalu. Menurutnya, bayaran rumah sewa di Kota Damansara tersebut yang diduduki Rita Rudaini bersama dua anaknya dijelaskan oleh isterinya ketika itu selama 18 bulan sehingga...

Tragedi : Disembelih suami cemburu

Miri: Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala Suai, dekat sini, semalam. Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar di leher menggunakan...

Wednesday, 15 January 2014

Sana-sini artis: Didie Alias hamil di usia 40-an

TAHNIAH, diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular Didie Alias, atas berita kehamilannya. Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali dilaporkan hamil tiga bulan pada usia 40-an hasil perkahwinan keduanya dengan Norisham Ismail. Memetik laporan akhbar tempatan, Didie berkata, dia dan suami berasa begitu gembira apabila mengetahui dirinya hamil. "Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang...

Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa Digugurkan, Tiada Rezeki..

Pertemuan bersama dengan pengarah dan pelakon, Pierre Andre semasa tayangan filemnya yang berjudul Muka Surat Cinta semalam, telah menjelaskan yang sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia dan isterinya sudah mengandung dan bakal melahirkan seorang bayi. Tetapi bulan lepas dia dan isterinya telah bersama-sama melakukan pemeriksaan dan mendapati bahawa kandungan isterinya itu perlu digugurkan kerana demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan...

Tuesday, 14 January 2014

Tragedi :Pelajar hilang dijumpai mati

Kuching: Penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, ditemui mati di tebing anak sungai berhampiran institusi pengajian tinggi itu, semalam. Pengecaman Siti Najwa Atikah Azhar, 20, pelajar tahun satu jurusan Kajian Khidmat Sains Sosial UNIMAS, dibuat oleh ibunya berdasarkan pakaian dan tudung pada mayat berkenaan. Mayat berkeadaan reput itu ditemui penduduk kampung pada jam 5.20 petang kira-kira...

Tragedi : Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah

SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan. “Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri...

Monday, 13 January 2014

Terbaru: Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari

Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari : PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini. Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di...

5 Selebriti Wanita Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun

Harian Metro edisi Ahad hujung minggu lalu mengeluarkan senarai lima orang selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun & menariknya mereka semua masih muda dan jauh perjalanan karier mereka dalam dunia hiburan. Jika mereka kekalkan momentum & semangat yang ada dan tidak terbawa dek arus dunia hiburan yang bukan bukan (trust us, it’s not easy), masa hadapan kelima lima selebriti ini sangat cerah —...

Sunday, 12 January 2014

Tragedi :Pelajar IPT maut kereta langgar pokok

MELAKA - Seorang pemuda yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah tiang elektrik dan pokok di Jalan Bukit Baru di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Goh Tiam Wang, 23, (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala. Sumber polis memberitahu, semasa kejadian, mangsa yang memandu...

Fuhh :Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan. Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras. Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk...