Kuching: Penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, ditemui mati di tebing anak sungai berhampiran institusi pengajian tinggi itu, semalam.
Pengecaman Siti Najwa Atikah Azhar, 20, pelajar tahun satu jurusan Kajian Khidmat Sains Sosial UNIMAS, dibuat oleh ibunya berdasarkan pakaian dan tudung pada mayat berkenaan.
Mayat berkeadaan reput itu ditemui penduduk kampung pada jam 5.20 petang kira-kira satu kilometer dari Kolej Kediaman Cempaka UNIMAS.
Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.
0 comments:
Post a Comment