Pertemuan bersama dengan pengarah dan pelakon, Pierre Andre semasa tayangan filemnya yang berjudul Muka Surat Cinta semalam, telah menjelaskan yang sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia dan isterinya sudah mengandung dan bakal melahirkan seorang bayi.
Tetapi bulan lepas dia dan isterinya telah bersama-sama melakukan pemeriksaan dan mendapati bahawa kandungan isterinya itu perlu digugurkan kerana demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan isterinya.
“Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga”
“Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang,” katanya.
Pilih Mikael Bukan Kerana Hubungan Adik Beradik
Mengenai perkembangan filemnya yang bakal menemui penonton pada 16 Januari 2014, Muka Surat Cinta menampilkan muka-muka baru sebagai Mikael Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Azwan Kombos, dan Afiera Riana sebagai teraju utama.
Jelasnya, pemilihan pelakon-pelakon tersebut semuanya di casting terlebih dahulu lebih-lebih lagi watak yang dipegang oleh, adiknya Mikael Andre.
0 comments:
Post a Comment