Sunday 12 January 2014

Tragedi :Pelajar IPT maut kereta langgar pokok


MELAKA - Seorang pemuda yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah tiang elektrik dan pokok di Jalan Bukit Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Goh Tiam Wang, 23, (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.


Sumber polis memberitahu, semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Sylphy sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini dari pusat bandar.

"Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh yang kemudian terbabas ke bahu kiri jalan.

"Kenderaan itu kemudian melanggar tiang elektrik sehingga patah sebelum merempuh lagi sebatang pokok besar yang terletak kira-kira lima meter dari tiang berkenaan," kata sumber polis semalam.

Sumber :kosmo

0 comments:

Post a Comment