PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Marsha Milan Londoh terbuka untuk berkongsi tentang perihal peribadinya dengan para peminat dalam sebuah program realiti yang menampilkanya dan Sharifah Sakinah tidak lama lagi.
Marsha, 28, bagaimanapun berkata, setiap perkara yang dipaparkan tentang diri mereka nanti masih mempunyai batasan supaya tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
"Bukan semua perkara akan didedahkan dalam program itu nanti sebaliknya akan lebih menekankan tentang kerjaya dan aktiviti seharian kami berdua sebagai sahabat baik," katanya kepada mStar Online.
Tambah Marsha, program yang masih dalam peringkat perbincangan itu bakal diarahkan oleh pengarah terkenal, Michael Ang.
Sementara itu, Marsha berkata, dia bersedia menerima kritikan daripada penonton ekoran tampil dengan aksi ranjang dalam filem Laga yang bakal ditayangkan pada 23 Januari ini.
Kata Marsha, sebarang komen berbentuk positif mahu pun negatif yang bakal diterimanya akan diambil untuk terus memperbaiki teknik lakonannya pada masa hadapan.
"Malah apabila saya mengambil keputusan untuk berlakon dalam filem itu dua tahun lalu saya sudah memikirkan semasak-masaknya kesan yang akan diterima selepas ia ditayangkan," katanya.
Selain dia dan Wan Hanafi Su, Laga turut menampilkan barisan pelakon seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih.-mStar
0 comments:
Post a Comment