Wednesday, 4 December 2013

Berang cinta ditolak Shila Amzah, Johan As'ari kahwin Lana Nordin

Selepas terus berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung status hubungannya dengan Johan As'ari sebelum ini, Shila Amzah akhirnya tampil berterus-terang memberitahu yang dia sebenarnya tidak pernah mencintai Johan.

Penyanyi itu membuat pengakuan semalam menerusi akhbar Harian Metro bagi meredakan spekulasi orang ramai berkenaan kehilangan beberapa keping gambar Johan As’ari di akaun Instagram miliknya.

Ini kerana, rata-rata peminat beranggapan jika mereka berdua hanya sekadar kawan rapat, gambar-gambar itu sepatutnya tidak dibuang dan dibiarkan sebagai kenangan. Jom baca penjelasan Shila di bawah :-


“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.”

“Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.”

“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar.”

0 comments:

Post a Comment