Wednesday 4 December 2013

Gambar cantik Sharifah Sakinah pakai skirt pendek

Pada tayangan perdana filem Ular di Cathay Cineplex, Damansara baru-baru ini, pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah dilihat ditemani oleh seseorang jejaka mat salleh yang kelihatan segak sekali. Siapakah gerangan lelaki bertuah itu?

Menerusi media hiburan hari ini, Sharifah Sakinah tampil menafikan lelaki itu adalah kekasihnya dan memberitahu bahawa jejaka yang dimaksudkan ialah jurulatih peribadinya di gimnasium.

“Lelaki itu merupakan jurulatih peribadi saya di pusat gimnasium dan sebab dialah saya telah kehilangan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan. Lelaki mat saleh itu juga sebelum ini merupakan jurulatih kak Lin (Sharifah Haslinda).”

“Dia menjaga makanan saya, semualah dan dia menemani saya di sini kerana dia ingin melihat industri hiburan tanah air, dan dia juga menyatakan hasratnya ingin menjadi seorang pelakon.”

Dalam pada itu, Sharifah menegaskan dirinya masih solo dan belum berpunya kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya selain masih banyak perkara yang ingin dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya masih single belum ada kekasih. Lagipun saya masih muda banyak benda yang perlu saya belajar sebelum berkahwin dan banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi sebelum ke alam perkahwinan.”

Jom layan gambar-gambar cantik Sharifah Sakinah ketika mengenakan skirt pendek paras lutut. Mesti ramai jejaka yang terpikat.



0 comments:

Post a Comment