Friday 6 December 2013

Zed Zaidi kemalangan teruk, Azza Elite kutuk Mamat Sepah

Berita kemalangan bekas presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang disebarkan oleh pelawak Mamat Sepah di laman Twitter mengundang kekecohan di kalangan beberapa selebriti lain.Mamat Sepah telah berkongsi sekeping gambar Zed Zaidi bersama seorang rakannya yang dilihat cedera berlumuran darah dan cermin depan kereta pecah sekitar jam 1.50 pagi. Gambar tersebut kemudiannya di re-tweet oleh pelakon Azza Elite dan diikuti dengan Isma AF7.


Menyedari berita berkenaan hanya propa sahaja, Azza Elite dan Isma AF7 bertindak menghentam dan mengutuk Mamat Sepah kerana menipu selain menggelar pelawak itu sebagai kaki propa.


Admin setuju dengan tindakan Azza Elite dan Isma AF7. Benda-benda macam ni bukan boleh di bawah main-main. Nak ikut sangat style penipu orang luar negara.



0 comments:

Post a Comment