Friday, 29 November 2013

Kerana Sekotak Rokok, Azad Terima 13 Jahitan

Gara-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin menerima 13 jahitan di buku lali kaki kanannya. Jahitan tersebut dek kerana kecederaan yang dialami akibat terjatuh ke dalam longkang, seminggu lalu. Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai serba guna di Puchong.

“Saya pergi beli rokok. Entah macam mana, masa tengah berjalan nak ke kereta, saya terjatuh ke dalam longkang. Nasib baik ada sekumpulan orag India, mereka yang bantu saya. Kebetulan ada klinik dekat sebelah kedai yang saya beli rokok tu. Saya terima rawatan di klinik di situ.

“Masa doktor jahit kaki saya, saya tak diberi suntikan bius. Dan dalam pada doktor tu buat kerja dia, dia sempat lagi marah pada saya, “hah, inilah padahnya dan bahayanya rokok. Saya kena 13 jahitan”, cerita Azad Jazmin sambil menahan tawa tatkala mengingat kembali insiden tersebut.

Azad masih berjalan terhencut-hencut ditemui pada malam gala filem Kolumpo, bertempat di e@curve, malam kelmarin.

Sebulan Duduk Dengan Orang India

Sementara itu, dalam filem Kolumpo, Azad membawakan watak utama sebagai Rahul, pemuda dari Mumbai India yang datang ke Malaysia kerana ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik. Namun setibanya dia di Kuala Lumpur, segalanya berubah.

Dalam filem tersebut memerlukan Azad bertutur dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Demi menghidupkan karakter berkenaan, kata suami kepada pelakon Eira Syazira ini dia tinggal dan bergaul dengan orang India, selama sebulan. Sepanjang tempoh itu dia buka saja belajar bertutur dengan betul malah belajar dari segaka segi seperti cara makan dan cara berjalan

“Ni pertama kali saya memengan watak utama. Saya perlu bertutur dalam bahasa Tamil. Selama sebulan saya tinggal dengan sekumpulan orang India, di Sungai Pencala. Ada di kalangan mereka memang berasal dari negara India. Sepanjang tempoh tu saya belajar cara bercakap, cara makan, pergerakan badan”, katanya.

Kolumpo diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma. Filem yang bakal ditayangkan mulai 5 Disember ini, memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.

Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon. - Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment