Thursday 28 November 2013

Tahlil atuk kini untuk mak

Pekan: “Ibu mahu mengadakan kenduri arwah atuk hari ini (semalam). Tidak sangka hajatnya bertukar menjadi majlis kenduri arwah untuk dia dan dua adik,” kata Mohd Zulhilmi Razali, anak Rosmah Othman yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Pekan-Rompin, di sini, petang kelmarin.

Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang itu mengorbankan dua adik Mohd Zulhimi iaitu Mohd Haikal Syukri, 19, Norzafirah, 12, manakala seorang lagi, Nurul Najila, 7, cedera parah. 

Foto

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mereka maut selepas Perodua Kancil dipandu Rosmah, 47, bertembung dengan lori milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mohd Zulhilmi, 20, berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya, ketika menukar kereta di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, jam 1 petang kelmarin.“Kami berjumpa setengah jam kerana ibu mahu segera pulang.

-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment