Sudah lama rasanya kita tidak mendengarkan khabar berita daripada pelakon jelita, Nur Fazurayang rasanya baru sahaja pulang bercuti dari Amerika Syarikat. Bertemu dengannya semasa tayangan perdana filem ‘Kami Histeria’ sempat kami bertanyakan beberapa soalan mengenai dirinya kini.
“Alhamdulillah, tahun baru hari itu, saya berpeluang untuk menyambutnya di L.A. bersama-sama kawan saya yang lain. Kami ke sana dengan satu kumpulan dan di sana banyak perkara menarik telah berlaku dan saya amat menyukai suasana orang-orang di sana yang cukup ramah dan baik sepanjang berada di sana,” katanya.
“Ya saya mengenali dia, dan apa yang saya tahu dia cukup bijak dan pandai menghormati kaum wanita. Saya pula jenis suka lelaki yang bijak dan pandai membawa diri apabila bersama-sama dengan perempuan. Semasa di sana dia banyak menjaga saya dan bawa berjalan di sekitar Kota metropolitan itu,” ujarnya.
Fazura juga turut menjelaskan bahawa sekiranya dia rapat dengan seseorang itu tidak semestinya mereka bercinta dan berakhir di jinjang pelamin kerana kawan rapat di salah ertikan oleh sesetengah pihak. Walaubagaimanapun, jejaka itu yang merupakan seorang DJ di sana telah datang ke Malaysia pada tahun lepas untuk bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran Fazura pada tahun lepas.
“Tak semestinya kalau kita rapat dengan seseorang itu kita bercinta, kerana apa yang sedia maklum di sini saya dan dia hanyalah sebagai kawan biasa dan berkawan rapat itu sahaja dan pada tahun lepas dia ada datang ke majlis hari jadi saya di sini,” katanya.
Jumpa Yuna di Amerika Syarikat
Kesempatan bercuti semasa tahun baru di bumi Amerika itu mungkin menjadi percutian yang menarik dan istimewa buat pelakon cantik ini apabila telah sempat bertemu dengan Yuna dan menonton Yuna membuat persembahan secara ‘live’ di sana.
“Saya di sana sempat bertemu dengan Yuna dan kami ada beberapa kali keluar dan apa yang penting di sini saya berasa cukup bangga dengan dia kerana dapat menonton persembahan ‘Live’ yang dihadiri oleh ribuan orang-orang Amerika di sana,” katanya.
Tiada Masalah dengan Hanez Suraya
Sebelum ini kita dapat lihat apabila pelakon Hanez Suraya dikatakan cuba meniru gaya, Fazura dan ini membuatkan peminat-peminat Fazura ‘Naik Angin’ dan sejak itu timbulnya pelbagai spekulasi.
0 comments:
Post a Comment