Thursday, 23 January 2014

Artis: Yana Samsudin Cuba Buka Hati Untuk Bercinta, Kahwin Tahun Ini

Sebelum ini ada kontroversi mengatakan yang pelakon Yana Samsudin lakukan pembedahan plastik untuk betulkan sedikit bahagian hidungnya. Tetapi semasa bertemu di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG dia menafikan bahawa dia melakukan perkara tersebut.

“Tidak pernah saya melakukan perkara tersebut kerana apa yang anda lihat sememangnya sama sahaja tidak ada apa yang saya ubah dengan muka dan juga permukaan hidung saya ini. Apa yang anda lihat adalah kerana perubahan dari segi bentuk badan saya ini, apabila kurus dia akan lebih cenderung untuk berubah di permukaan saya dan sebaliknya,” katanya.


Yana mengakui bahawa sebelum ini ketika penglibatannya dalam program Fear Factor yang menjalani penggambaran di sekitar Cape Town telah mengakibatkan kecederaan pada dirinya tetapi tidaklah sampai dia mahu melakukan pembedahan di hidung dan mukanya.

“Saya akui saya mengalami kecederaan semasa penggambaran Fear Factor tahun lepas tetapi tidaklah sampai saya mahu membuat pembedahan. Apa yang berlaku adalah disebabkan faktor perubahan susut berat badan saya dan sebagainya,” katanya.

Cuba Buka Hati Untuk Bercinta, Kahwin

Sementara itu, menceritakan pula mengenai kehidupan peribadinya, Yana memberitahu bahawa pada tahun ini dia cuba untuk ‘membuka’ hatinya untuk bercinta dan seterusnya mengakhiri zaman bujangnya.

“Saya cuba untuk buka hati saya pada tahun ini, memandangkan pada tahun lepas saya tidak mahu berfikir mengenai perkara tersebut tetapi apabila umur saya sudah meningkat kepada 29 tahun ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berfikir ke arah itu,”ujarnya.


Dia turut menafikan juga bahawa kontraknya bersama MIG yang membuatkan dia masih bujang dan tidak berkahwin sehingga hari ini.

“Saya rasa tidak ada masalah dengan MIG kerana Mr. David sendiri bertanyakan saya bilakah saya mahu berkahwin memandangkan saya ialah salah seorang daripada artis yang agak lama bernaung di bawah syarikat MIG,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)


0 comments:

Post a Comment