Hujung tahun lalu, pasangan ini mendedahkan yang mereka memang akan berkahwin pada tahun 2014 namun dirahsiakan tarikhnya untuk membina satu hype supaya majlis perkahwinan mereka mendapat perhatian gilang gemilang. Eh, gurau.
Dalam temubual terbaru bersama media, Uqasha Senrose mendedahkan yang mereka berdua sudah mula buat persiapan perkahwinan ketika ini dan kami mengambil ini sebagai tanda majlis mereka akan berlangsung tidak lama lagi.
Uqasha Senrose juga berkata yang beliau dan Pekin Ibrahim tidak menolak untuk terima tajaan dari mana mana pihak untuk majlis perkahwinan mereka nanti namun semuanya tertakluk kepada hasil perbincangan.
“Kami terima kalau ada pihak yang nak taja. Setakat ni ada beberapa pihak sudah menyatakan kesudiaan mereka tapi kami akan adakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan,” tambahnya lagi. (rtky/m)
0 comments:
Post a Comment