Beberapa hari kebelakangan ini nama Villa Nabila menjadi sebutan ramai dek kerana dakwaan seorang remaja yang hilang konon’nya disorok makhluk halus. Dan remaja itu kemudian ditemui menumpang tidur di rumah kawan tanpa pengetahuan keluarganya. Klasik rakyat Malaysia.
Misteri di sebalik Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru itu menarik perhatian David Teo untuk menerbitkan filem dokumentari berkaitan kisah penunggu yang menghuni banglo itu sejak 40 tahun lalu & penerbit itu percaya ianya boleh menjadi subjek yang kuat untuk filem.
“Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar”
David Teo bagaimanapun berkata projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan dan bertegas yang MIG perlu mengeluarkan produk baru setaraf Highland Tower yang di’arahkan Pierre Andre dan berjaya mengutip RM3.5 juta di pawagam. (rtky/eka)
0 comments:
Post a Comment