Kuala Lumpur: Hari bahagia pelakon sensasi Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin layak digelar ‘wedding of the year’ atau perkahwinan paling gah tahun ini berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan mencecah RM1.21 juta.
Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka. Bagaimanapun, Rozita, 39, atau mesra disapa Che Ta mengambil pendekatan berhati-hati dengan hanya memilih pihak yang dirasakan mampu merealisasikan perkahwinan impiannya dengan jejaka berdarah kacukan berusia 29 tahun itu.
Menerusi maklumat yang diberikan pengurusan Che Ta, tajaan hari bahagia bakal raja sehari itu keseluruhannya bernilai kira-kira RM910,000 manakala belanja sendiri hampir RM300,000.
Antara penyumbang terbesar adalah Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) yang bekerjasama dengan Nas Great Ideas dan Segi Seri Sdn Bhd yang menaja hampir RM500,000 untuk majlis akad nikah dan persandingan.-Hmetro
0 comments:
Post a Comment