Monday, 25 November 2013

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11 Disember ini

Pada sidang media yang diadakan sebentar tadi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mengumumkan tarikh nikah, berinai dan resepsi mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi..
Mereka berdua telah bersepakat untuk mengadakan Majlis pernikahan pada 11 Disember 2013 yang akan berlangsung di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam.
Manakala sehari sebelum majlis pernikahan mereka, 10 Disember 2013 pula Rozita Che Wan akan mengadakan majlis berinai yang diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember 2013..
Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai pula akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.
Pada majlis pernikahan tersebut, Rozita Che Wan bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin. Manakala mas kahwin pula bernilai RM9,300 iaitu sempena tarikh lahir Rozita Che Wan sendiri beserta sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000.
Apa yang menariknya, kedua bakal pengantin ini bukan sahaja dikatakan mendapat tajaan bernilai RM1.21 juta, sebaliknya, pada ketiga-tiga majlis yang berlansung nanti, Rozita Che Wan bakal disaluti barang kemas tajaan Habib Jewels yang bernilai hampir RM10 juta.
Dua hari selepas majlis persandingan mereka, Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan terbang selama 19 hari ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk berbulan madu..
Majlis pernikahan kedua-dua selebriti yang bakal dianggap Weeding Of The Year ini turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria nanti.

0 comments:

Post a Comment