Monday 16 December 2013

Atlet remaja maut kemalangan

MELAKA: Seorang atlet remaja kebangsaan terbunuh selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu,mangsa, Muhamad Afiq Rasik, 20 dari Kampung Ayer Leleh terbunuh selepas Demak 200cc ditunggangnya terbabas dan menyebabkannya jatuh ke dalam longkang.

Foto

Kemalangan mengakibatkan mangsa yang juga juara Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan, Oktober tahun lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa juga bakal mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tahun depan.Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian. ----- Hmetro

0 comments:

Post a Comment