Sunday, 1 December 2013

‘Hidup Kami Tiada Makna Tanpa Mereka’

Kematian tiga beradik yang tidak diketahui motif sebenarnya dalam kejadian Jumaat lalu menjadi detik hitam buat keluarga.

Bapa mangsa, Rusdi Rani, 38, berkata, pada malam kejadian Noor Syafikah memberitahu untuk ke rumah kawan dan membawa dua adiknya bersama.

Menurutnya, anak sulungnya itu sudah tidak bersekolah dan tidak pernah berenggang dengan adik-adiknya untuk ke mana-mana termasuk selalu ke rumah kawan yang dimaksudkan.

“Ketika mereka keluar saya dan isteri ada di rumah. Depa habaq nak pi rumah kawan, tetapi pukul 11 malam tak balik lagi.

“Kami mula risau dan minta jiran tolong cari mereka. Kami cari di merata tempat tetapi tak jumpa mereka sebelum membuat laporan polis pada jam 2 pagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.


Rusdi yang juga tukang cuci di sebuah sekolah berkata, semalam dia dihubungi pihak polis kira-kira jam 3.45 petang mengenai penemuan mayat seorang remaja perempuan.

“Kami diminta ke lokasi kejadian untuk membuat pengecaman. Lokasi arwah ditemui itu tidak jauh di antara jalan rumah kami ke rumah kawannya.

“Tetapi motor yang digunakan ditemui di kawasan lain yang agak jauh dari tempat arwah ditemui,” katanya yang baharu dua tahun menetap di Alor Setar.

Katanya, ketiga-tiga anaknya sangat rapat dan tidak pernah berenggang antara satu sama lain.

“Mereka bertiga selalu keluar berjalan-jalan di sekitar kampung. Noor Syafikah juga menjaga kedua-dua adiknya kerana dia tidak bersekolah apabila saya dan isteri keluarga bekerja.

“Tak ada makna hidup kami tanpa mereka, hanya merekalah yang menghiburkan kami,” katanya dalam keadaan sebak. --wowberita.org

0 comments:

Post a Comment