WANITA yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya mengakui pernah berkongsi gambar yang "sangat peribadi" dengan pelakon itu.
Nooraida Abdul Mutalib memberikan penjelasan panjang lebar berhubung perkara itu menerusi ruang hiburan Bipop.
Menurut Nooraida, pada mulanya dia menyangka hubungannya dan Adi Putra hanya sekadar main-main dan pelakon kacak itu hanya mahu 'test market', namun akhirnya terjebak dalam hubungan itu.
Sikap romantis Adi Putra membuatkan dia sebagai peminat menjadi teruja. Apatah lagi apabila Adi Putra menyatakan dirinya sedang mencari calon isteri.
Perkenalan awal menerusi Instagram itu berlarutan kepada InstaMessage dan WhatsApp.
"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.
Malah Nooraidah mengakui, Adi Putra pandai menggoda sehingga dia menyerahkan gambar peribadinya.
“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," ujarnya lagi.
Menurut Nooraida lagi, hubungan mereka kemudiannya berjaya dihidu oleh suaminya yang kemudiannya mahu mengambil jalan tengah menyelesaikan perkara ini.
"Menerusi perbualan itu, Adi mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran," katanya lagi.
Untuk rekod, kes ini masih dalam penelitian dan tidak diketahui sejauh mana kesahihan luahan Nooraida ini.
-Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment