Tuesday, 17 December 2013

Tragedi kealangan 6 sekawan rentung

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.

Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.

Tragis! 6 sekawan rentung

Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.

"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian," katanya

Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.

"Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung," katanya.Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. ---- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment