Wednesday, 8 January 2014

Gambar jasad bayi terapung di udara apabila diangkat ?

Jasad bayi terapung apabila di angkat semasa pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang. namun Admin tidak tahu sejauh mana benar mengenai perkara ini, mengikut gambar yang admin dapat dari akhbar Harian Metro ini jelas kelihatan jasad yang berkafan tersebut terapung di udara .

Sebelum itu Harian Metro melaporkan " Jasad bayi masih sempurna .

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Admin tidak tahu sejauh mana kebenaran pada gambar ini yang mana memang jelas kelihatan tangan pengali kubur Abdul Ghani Ibrahim kelihatan tidak tersentuh memegang jenazah tersebut. Al-fatihah.

0 comments:

Post a Comment