Thursday, 2 January 2014

Gambar Tu Masa Umur Saya 16 Tahun – Ramona Zamzam

Kuala Lumpur –  “Peliklah mereka (peminat) ini. Kenapalah suka sangat ulang-ulang cerita 10 tahun lepas?” luah pelakon seksi Ramona Zamzam dalam nada kesal berhubung gambar-gambar menjolok mata dan liar membabitkan dirinya di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet, baru-baru ini.

Menurut Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 23, penyebaran gambar-gambar terbabit yang kembali menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat perkara yang mengecewakan dirinya secara peribadi.

“Tolonglah, itu gambar lama yang diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu.


“Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Gambar memperlihatkan Ramona bersuka ria di dalam kelab malam itu kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminat di laman forum hiburan baru-baru ini sehingga mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, jelas Ramona, aksi itu dirakamkan ketika dia berumur belasan tahun dan bukan gambar baru yang tidak sepatutnya dibangkitkan semula.

Aktres filem Sepah The Movie ini berkata, sebagai selebriti dia sentiasa peka dan sensitif pada batasan dan tindak-tanduk seorang wanita Islam.

Justeru itu, katanya, penyebaran gambar lama seumpama itu mengganggu dan tidak wajar berlaku kerana ia cerita lama.

“Ketika itu, umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama.

“Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi?” katanya.

Sambung Ramona, penyebaran gambar lama itu patut dihentikan dan tidak dimanipulasi pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi. – HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment