PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani menepis tanggapan, lagu duetnya bersama Yusry Abdul Halim berjudul Kekasih Abadi dihasilkan atas dasar mahu menumpang popularitinya sebagai pelakon popular.
Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 28, berkata, tiada istilah mengambil kesempatan oleh keluarga sendiri kerana ia dihasilkan atas permintaan Yusry yang ingin mengabadikan lagu tersebut sebagai memori buat mereka berdua.
"Saya menyanyi kerana Yusry. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah apabila menyanyi lagu tersebut bersama-sama.
"Tak kisahlah sama ada ia akan menjadi hit atau tidak, yang penting lagu tersebut dapat menjadi kenangan apabila kami sudah tua nanti. Bayangkan apabila dah tua nanti, bolehlah kami cakap dekat cucu haa...ni haaa lagu atok dan opah dulu..." katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.
Pelakon itu ketika ini berada di Florida, Amerika Syarikat bersama suami dan keluarganya untuk bercuti.-mStar
0 comments:
Post a Comment