Friday 10 January 2014

Tragedi :Empat sekeluarga maut kemalangan

KUANTAN: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka terbunuh selepas kereta Proton Persona dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 75 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Runcang, kira-kira jam 3 petang tadi.


Mangsa terbunuh dikenali sebagai Nasrul Hafriq Nasaruddin, 29 dan isterinya, Fara Nor Asmira Jastan juga berusia 29 tahun. Manakala anak mereka masing-masing berusia dua tahun dan tiga bulan dikenali sebagai Nasr Afeef Rifqy serta Fara Adelia Adriana.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, semua mangsa berasal dari Batu 14 Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka.Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment