“Saya menggigil melihat tiga lelaki berlumuran darah bergelimpangan di atas jalan raya dengan beberapa anggota badan mereka hancur.
“Namun saya memberanikan diri menghampiri mangsa dan cuba mendapatkan kad sim daripada telefon bimbit masing-masing untuk memaklumkan keluarga serta kenalan mereka.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, dua penunggang motosikal Mohd Nazrin Kahar, 38, yang bekerja sebagai pemandu lori dan tukang kayu Lam Khoon Yen, 54, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerja swasta dikenali sebagai Tan, 40, cedera parah dan kini menjalani rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila motosikal ditunggang mereka menuju Pasir Gudang dirempuh sebuah lori pasir dari arah bertentangan.
Menurut Riduan, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke arah sama berhampiran jejambat Taman Daya dan berada 10 meter daripada ketiga-tiga penunggang motosikal berkenaan. -Hmetro
0 comments:
Post a Comment