Saturday 28 December 2013

Belajar Pengaturcaraan Android Secara Percuma

Sebuah laman web iaitu Coursera sedia menghimpunkan proses pembelajaran yang berasaskan kuliah di atas talian sedia menyediakan subjek-subjek berbayar mahupun secara percuma. Kini, Coursera menambah lagi satu pilihan subjek yang kini dianggap penting bagi pengaturcara (programmer) iaitu Pengaturcaraan Android. Subjek ini ditawarkan secara percuma dan bakal bermula pada Januari 2014 akan datang.

Subjek ini ditawarkan oleh University Of Maryland dan bakal dikendalikan oleh seorang pensyarah yang bernama Adam Porter. Kuliah ini bakal berlangsung selama 8 minggu dan mensasarkan penyertaan daripada pelajar yang langsung tidak mempunyai asas mengenai pembinaan aplikasi Android.


Bagi yang berminat untuk mengikuti kuliah atas talian ini, anda hanya perlu mempunyai sebuah komputer, mempunyai sambungan internet dan masa yang cukup untuk proses membaca, menulis dan berbincang. Jika anda pengguna iOS dan tidak mempunyai peranti Android, anda tidak perlu risau akan masalah ini memandangkan peranti Android tidak diperlukan langsung dan untuk mencuba aplikasi yang dibina, anda akan menggunakan Android Emulator yang sedia terdapat pada Android SDK.

Setiap kuliah bakal disediakan bersama video untuk  proses pembelajaran  juga disertakan dengan latihan makmal yang perlu dihantar pada tarikh-tarikh tertentu. Untuk projek akhir, pelajar bakal diberikan tugas untuk membina aplikasi Android yang lebih mencabar. Bagi pelajar yang berjaya menamatkan proses pembelajaran ini, anda bakal memperolehi sijil penyertaan yang ditandatangani oleh pensyarah subjek ini.

Bagi yang berminat untuk mencuba, anda boleh layari laman web Coursera sekarang. Anda juga boleh tinggalkan komen di sini kerana kami juga akan menyertai kuliah percuma ini. Kuliah bakal bermula pada 21Januari 2014 ini.

0 comments:

Post a Comment