PETALING JAYA: Tidak habis-habis lagi isu berkenaan Lana Nordin dan Johan As’asri. Kali ini pelakon wanita itu menegaskan dia bukan seorang wanita bodoh yang senang dipermainkan oleh lelaki dalam soal cinta.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Haan Nordin, 34, sebaliknya berkata, dia menghadapi situasi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari dengan bijak dan matang.
"Saya tidak pernah berasa seperti wanita bodoh dengan apa yang telah berlaku di antara saya dengan Johan kerana saya sebenarnya bijak dalam menghadapi situasi seperti ini.
Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan hasrat untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya selepas memohon petunjuk Allah ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada Rabu lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.
Sementara itu, mengulas mengenai komen ahli keluarga Johan yang tidak menghalang mereka bercinta, Lana berkata, dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana merasakan pada tahap ini campur tangan keluarga tidak sepatutnya berlaku.
Jelas Lana, sebagai lelaki dewasa, Johan sepatutnya lebih matang dan mampu menguruskan hal peribadinya tanpa campur tangan pihak keluarga.
"Jika anda perhatikan tiada seorang ahli keluarga saya tampil untuk campur tangan atau melatah mengenai isu ini kerana ia tidak penting pada mereka tetapi berlainan pula dengan Johan yang seolah-olah 'menghantar' ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah.
"Lelaki dengan sikap itu bukan yang saya cari kerana hendak membuat keputusan juga tidak mampu apatah lagi untuk membimbing saya pada masa hadapan. Kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri," ujarnya.-mStar
tabik laa lana...
ReplyDelete