Alor Gajah: Pelakon, Julia Ziegler, kerugian hampir RM9,000 selepas dikatakan diperdaya seorang wanita yang menjadi rakan kongsinya bagi menubuhkan sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur.
Aktres jelita tinggi lampai berusia 29 tahun itu mendakwa beliau mengenali wanita berkenaan ketika menghadiri satu majlis sebelum menandatangani perjanjian usaha sama membina perniagaan hartanah.
Bagaimanapun, katanya, impian yang diharapkan terbantut di tengah jalan selepas wanita dikenali sebagai Norain, berusia 25 tahun itu menghilangkan diri selepas menipu dirinya dan beberapa artis lain.
Tubuh syarikat hartanah
“Saya baru kenal wanita ini dan dia pernah bekerja dengan pelakon, Intan Ladyana sebelum menawarkan diri menjalin usaha sama bagi menubuhkan syarikat hartanah.
“Dia kemudian meminta saya memindahkan wang sebanyak RM2,500 melalui satu akaun bank ketika kami bertemu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh pada 11 Oktober lalu bagi memastikan penubuhan syarikat berkenaan dapat dilaksanakan.
“Beberapa hari selepas pertemuan itu, wanita terbabit meminta sejumlah RM3,333 lagi dan atas dasar percaya saya memasukkan wang ke dalam akaun yang sama,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam. -BH
0 comments:
Post a Comment