Masyarakat kita memang dikenali sangat sensitif apa-apa sahaja perkara yang melibatkan binatang seperti babi dan anjing.
Lantas, disebabkan perkongsian gambar pelakon dan pengacara Karl Shafek bersama seekor anjing, ianya telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminatnya, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, tampil mempertahankan perbuatannya itu, Karl menjelaskan,” kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar. Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing berkenaan”.
Karl mengakui tidak terkejut dengan isu yang timbul dan menyatakan gambar itu dirakam disebabkan nalurinya yang menyukai haiwan, termasuklah anjing.
Bagi penulis, tidak ada salahnya perbuatan Karl, kerana dia tidak memegang anjing tersebut, kalau pun tersentuh, dia boleh je samak kan.
Biasalah tu, kalau dah bersifat penyayang kepada haiwan.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment