Friday, 10 January 2014

Terbaru artis: Nadiya Nisaa Panik! Anak Hilang di Jakarta

Dalam pada dia sedang bercakap dengan seorang pekerja di sebuah farmasi, tanpa dia sedari anaknya hilang entah ke mana. Apa lagi, kelam kabutlah dibuatnya. Sudahlah hatinya sedang sakit gara-gara baru mendapat tahu tentang suaminya ada hubungan skandal dengan perempuan lain. Anak kesayangannya pula tiba-tiba hilang. Dia cuba minta tolong, tapi tiada siapa pula ketika itu yang faham Bahasa Melayu. Dia cuba minta tolong dengan bercakap dalam bahasa Inggeris, pun tak berapa membantu. Nadiya Nisaa panik. Betul-betul panik!

Namun, situasi cemas yang dialami di sebuah pusat membeli belah di tengah kota Jakarta itu sebenarnya merupakan babak dalam supertelemovie terbaru lakonannya berjudul ‘Panik’. Karya arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Jakarta.


Berkongsi pengalaman bekerja dibawah arahan sutradara yang terkenal menerusi filem ‘Ayat-Ayat Cinta’ itu, Nadiya Nisaa menyifatkan sebagai satu peluang yang cukup berharga dan sukar digambar dengan kata-kata.

“Hanung seorang yang sangat menakjubkan dan kita sedia tahu tentang karya-karya hebat yang pernah dihasilkan sebelum ini. Dapat bekerja dengan dia umpama mimpi jadi kenyataan dan satu pengalaman yang cukup istimewa. Dia sangat displin dan profesional. Saya harap semua pelakon kita juga akan ada peluang bekerja dengan beliau.

“Sebelum masuk set, saya jalani reheasal. Tapi sebelum tu, saya datang ke lokasi dan Hanung bawa saya pusing-pusing satu pusat beli-belah tersebut. Dia tunjukkan saya tempat-tempat yang kami akan shoot.

“Dan bila masuk set, sasa babak anak saya hilang tu, untuk menzahirkan perasaan panik tu memang memenatkan. Saya berlari sana sini. Saya main tanya sesiapa saja orang awam yang lalu lalang dan saya masuk ke kedai-kedai. Ada yang gelak melihat kelakuan saya.

“Saya tak tahu kenapa kebanyakan orang-orang di sana tak faham bila saya bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun mereka tak berapa faham. Tapi seperkara yang saya dapat, memang perasaan panik tu tak tahu nak cakap macam mana bila kita alami situasi hilang anak di negara asing”, kata Nadiya Nisaa dengan nada penuh teruja ketika ditemui pada sidang media supertelemovie tersebut di The Gardens, petang semalam.

Panik bakal ditayangkan pada 20 Mac depan menerusi saluran Astro First Eksklusif. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini seperti Zul Ariffin, Dony Alamsyah dan pelakon cilik Naomi Ivana. – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment