Johor Bahru: “Mungkin ada yang menganggap ia aneh dan sukar diterima akal, tapi percayalah saya diceraikan talak tiga disebabkan ibu mentua cemburukan saya.”
Itu kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 35, antara ribuan pasangan suami isteri yang rumah tangga mereka runtuh disebabkan campur tangan keluarga, terutama mentua.
Menurut Nurul Huda, dia mula menyedari sikap cemburu mentuanya itu selepas dua bulan berkahwin dengan bekas suaminya dikenali sebagai Aziz yang bertugas sebagai jurutera.
Katanya, campur tangan ibu mentua dalam perkahwinannya berlaku buat kali pertama ketika suaminya merancang untuk berbulan madu ke Australia.
Sumber : Harian Mtero
0 comments:
Post a Comment